Biografi Glenn Fredly

Fredly dilahirkan pada 30 September 1975 kepada pasangan Hengky dan Linda Latuihamallo. Beliau merupakan anak sulung dari lima beradik[1][2] dan berketurunan Maluku.[3]

Pada 1995 beliau memenangi pertandingan nyanyian Cipta Pesona Bintang.[1] Pada tahun yang sama, beliau menyertai kumpulan Funk Section.[2] Pada tahun berikutnya, beliau adalah seorang finalis di Festival Lagu Asia.[1] Pada tahun 1998, Fredly meninggalkan Funk Section untuk menjadi penyanyi solo R&B, merasakan bahawa ia sesuai dengan gaya vokal beliau lebih baik. Beliau mengeluarkan album pertamanya, GLENN, tahun itu. Ia diterima dengan baik, terjual 50.000 salinan; R&B pada umumnya tidak popular di Indonesia pada masa itu.[2]

Pada 2000, Fredly melancarkan album keduanya, Kembali, dengan single "Kasih Putih" menerima putaran radio.[2] Pada tahun 2001, beliau berada di tempat ketiga di Russian Asia Dauzy International Song Festival.[1]

Beliau berkahwin dengan penyanyi Dewi Sandra di Uluwatu, Bali pada 3 April 2006. Glenn memfailkan perceraian pada 2009.[4]

Pada Mac 2009, Fredly merupakan salah seorang penyanyi utama di konsert penghargaan untuk penyanyi veteran Indonesia Chrisye semasa Festival Java Jazz.[5] Pada tahun yang sama, beliau mengadakan persembahan di konsert penghargaan Michael Jackson di lima bandar seluruh Indonesia, menyanyikan lagu-lagu hits Jackson.[1]

Pada 2011 beliau bersama Tompi dan Sandhy Sondoro mengadakan persembahan konsert di bawah nama Trio Lestari.[6]

Pada 2012 beliau meraikan 17 tahun kerjaya muziknya dengan konsert solonya yang habis dijual, dihadiri 7500 orang di Istora Senayan, 2 Sept 2012

Pada 2014 beliau menjadi penerbit filem CAHAYA DARI TIMUR "Beta Maluku" dan filemnya menerima filem terbaik di FFI (Festival Filem Indonesia)